Hujan lebat akibatkan tebing jalan kawasan perumahan di Kulai runtuh [ 2h ago ]

Project Management Institute Mengumumkan 50 Projek Utama Yang Paling Berpengaruh Sepanjang 50 Tahun yang lalu

Tarikh kemaskini: 08/10/2019
Daripada Pencakar Langit kepada Teknologi Canggih kepada Penemuan Saintifik, PMI Memperakui Usaha Luar Biasa yang Mendefinisikan semula Dunia Kita

PHILADELPHIA, 8 Okt (Bernama) -- Project Management Institute (PMI) hari ini mengumumkan 50 projek utama yang terkemuka dan berpengaruh dalam tempoh 50 tahun yang lalu dalam senarai mereka bagi Projek-projek yang Paling Berpengaruh. Ini merupakan kedudukan ranking yang pertama seumpamanya bagi PMI yang meraikan projek-projek yang memberi impak paling tinggi sejak 50 tahun yang lalu dan menyoroti bagaimana pengurusan projek telah membantu menjadikan idea-idea ini menjadi kenyataan.

Senarai Projek-projek Paling Berpengaruh itu memperakui projek-projek yang telah mengubah sektor mereka dan keseluruhan lanskap perniagaan — daripada teknologi kepada penjagaan kesihatan, infrastruktur kepada seni bina, kewangan kepada hiburan. Projek yang mendapat pengiktirafan termasuk pencapaian ikonik seperti Apollo 11, pesawat Boeing 747®, dan Projek Genom Manusia, serta pencapaian yang tidak disedari oleh orang ramai seperti Bilik Kebal Benih Global Svalbard di Norway dan Taman Solar Gurun Tengger di China. Projek yang mendapat ranking paling atas ialah penciptaan World Wide Web atau Jaringan Sejagat.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu