Hilang IC: wanita buat laporan palsu elak didenda - polis [ 57m ago ]

Unit Handal secara bersama bangunkan kereta lumba elektrik berserta teknologi hidrogen

Tarikh kemaskini: 09/10/2019
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Anak syarikat milik penuh Handal Energy Bhd (Handal), Handal Energy Solutions Sdn Bhd, membuat kemasukan sulung ke dalam segmen tenaga boleh diperbaharui menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) untuk bersama-sama membangunkan kereta lumba elektrik berserta teknologi hidrogen di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, Handal berkata MoA itu ditandatangani bersama NanoMalaysia Bhd, Pulsar UAV Sdn Bhd (Pulsar), MNA Energy Sdn Bhd (MNA Energy) dan Wheelspin Motorsports.

Handal berkata ????HyPER akan dikuasakan oleh Sistem Penyimpanan Tenaga Hibrid dan Hidrogen NanoMalaysia, yang dilengkapi teknologi penjanaan hidrogen berserta ultrakapasitor berasaskan grafin, yang dibangunkan bersama Pulsar dan MNA Energy.

Pengerusi Handal, Tengku Baderul Zaman Ibni Sultan Mahmud berkata usaha niaga itu adalah sebahagian pelan strategi syarikat untuk membangunkan perniagaan mampan mengikut kriteria alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

“Teknologi yang dibangunkan bagi HyPER akan mampu menyelesaikan beberapa isu berkaitan industri kenderaan elektrik,” katanya.

Beliau berkata syarikat telah melengkapkan proses penyelidikan dan pembangunan serta sedang merancang untuk membangunkan prototaip pertama.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu