Hilang IC: wanita buat laporan palsu elak didenda - polis [ 1h ago ]

PDRM umum pertukaran babitkan empat pegawai kanan

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Arifai Tarawe dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Gombak yang baharu berkuatkuasa 11 Nov ini, dengan memangku pangkat ACP.

Arahan pertukaran yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu turut membabitkan tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang lain.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad berkata mereka yang terlibat ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Terengganu DSP Idris Mohamed yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Perlis dengan memangku pangkat Supt.

"Pertukaran lain melibatkan Ketua Polis Daerah Matu Daro, Sarawak DSP Neil Ak Beginda yang akan menjadi Ketua Polis Daerah Lundu yang baharu," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Turut terlibat dalam pertukaran itu ialah Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Sarawak DSP Bingkok Ak John yang bakal memegang jawatan Ketua Polis Daerah Matu Daro menggantikan Neil.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu