Nor Azam Azih dijangka perkuat skuad Harimau Malaya [ 7m ago ]

Wanita warga emas terselamat dari tanah runtuh

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
IPOH, 9 Okt -- Seorang wanita warga emas terselamat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Padang Tamat, Pengkalan Hulu di Gerik hari ini.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.30 petang.

"Bagaimanapun, seorang wanita warga emas berumur linkungan 60-an yang ketika itu berada di rumah tersebut, terselamat kerana tanah runtuh itu hanya terkena di belakang kediaman itu dan tidak melibatkan sebarang kerosakan.

"Anggota APM telah membuat pemantauan di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Sementara itu, beliau berkata berlaku dua kejadian banjir kilat di Kampung Tersusun Air Kuning, Kampung Gajah dan Kampung Sungai Segar, Ijok, dekat Selama.

“Bagaimanapun banjir kilat yang berlaku petang tadi di Kampung Tersusun Air Kuning telah surut.

“Manakala keadaan banjir di Kampung Sungai Segar, Ijok yang baru sahaja melanda kawasan itu malam ini sedang dalam pemantauan oleh anggota APM Selama,” katanya.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu