Marcos juara kejohanan sulung Tour of Peninsular [ 4h ago ]

Dua ADUN ditahan disyaki sokong pertubuhan pengganas

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Dua Ahli Dewan Undangan Negeri ditahan kerana disyaki menyokong pertubuhan pengganas.

Perkara itu disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Bernama. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Satu sidang media akan diadakan di Bukit Aman pada 4 petang ini berhubung perkara itu.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu