Polis tahan lapan lelaki termasuk seorang warga asing, selesai 10 kes pecah rumah [ 3m ago ]

Exco negeri Melaka ditahan polis - Ketua Menteri

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
MELAKA, 10 Okt -- Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang juga Exco Kerajaan Negeri ditahan pihak polis dari Bukit Aman, pagi ini.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mengesahkan penahanan itu namun tidak mendedahkan identiti exco terbabit dan punca beliau ditahan oleh pihak berkuasa.

"Apa-apa maklumat mengenai seorang exco kerajaan negeri ditahan pihak Bukit Aman, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu. Kita akan berurusan dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Katanya beliau yakin exco itu akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu