Hujan lebat akibatkan tebing jalan kawasan perumahan di Kulai runtuh [ 3h ago ]

Kerajaan akan tubuh program 'Red Tape Challenge'

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
PUTRAJAYA, 10 Okt -- Kerajaan sedang berusaha untuk menubuhkan program ‘Red Tape Challenge’ (RTC) sebagai mencontohi ekonomi maju yang menyaksikan berbilion simpanan susulan pelaksanaannya, kata Timbalan Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, isu birokrasi yang dihadapi oleh industri yang berkenaan akan dikenalpasti menerusi portal Unified Public Consultation (UPC).

"Isu ini kemudian akan dikaji dan dihantar kembali ke kementerian yang berkenaan untuk diambil tindakan atau ia diselesaikan.

"Ia kemudian menjadi “Red Tape Challenge” kepada kementerian atau agensi berkenaan,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Konvensyen Kebangsaan Mengenai Amalan Peraturan Baik (GRP) 2019, di sini hari ini. Ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Wan Azizah berkata penubuhan UPC menyediakan kepada orang ramai akses mudah kepada konsultasi peraturan menerusi laman web tunggal.

"Rakyat Malaysia yang tinggal dalam dan luar negara, boleh mendaftar nama mereka dan menyertai dalam sebarang peraturan yang dikaji semula atau membuat cadangan mengenai isu yang menjejaskan mereka menerusi portal UPC,” katanya.

Kementerian berkenaan atau agensinya antara lain perlu melengkapkan dokumen konsultasi itu untuk orang ramai memahami dengan lebih baik berhubung pengenalan satu peraturan; tujuan mengkaji peraturan itu; isu sekeliling peraturan itu; dan analisis peraturan itu, katanya.

Dari Mac hingga September lepas, terdapat 23 kementerian dan agensi menyertai UPC dan 36 dokumen konsultasi yang diterima telah dimuatnaik untuk maklum balas orang ramai, katanya.

"Jumlah pengguna yang berdaftar mencapai 3,252 dan daripada jumlah itu, 1,156 adalah dari sektor awam dengan selebihnya 2,096 dari sektor swasta,” katanya dan menambah bahawa pada 29 Sept jumlah pelawat ke portal itu ialah 74,554.

Dr Wan Azizah berkata, memperbaiki Peraturan Sistem Penyampaian Kerajaan menerusi pengurangan kekangan peraturan adalah satu daripada pembaharuan struktur berhubung agenda kerajaan.

Dr Wan Azizah berkata, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengendalikan 697 kajian semula peraturan dalam enam bulan pertama tahun ini, satu penambahbaikan 414 kajian semula bagi keseluruhan tahun lepas.

"Hasilnya, majlis berkenaan berjaya membantu kementerian dan agensi dalam mencapai satu jumlah pematuhan penjimatan kos RM1.32 bilion dalam enam bulan pertama tahun ini berbanding RM1.67 bilion dalam keseluruhan 2018,” she said.

"Kami menjangkakan pada akhir tahun ini, kos penjimatan pematuhan berkenaan akan meningkat untuk faedah komuniti perniagaan,” katanya.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu