SOJC: Malaysia kalahkan Jepun, akan betemu lagi untuk tempat ketiga, keempat [ 14m ago ]

Produk kraf Orang Asli mampu ke pasaran antarabangsa

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
SUNGAI SIPUT, 10 Okt -- Produk kraftangan masyarakat Orang Asli mempunyai kualiti dan hasil seni cantik yang bukan sahaja boleh dipasarkan dalam negara, malah berupaya menembusi pasaran antarabangsa.

Senator Datuk Isa Ab Hamid berkata masyarakat Orang Asli termasuk di Kuala Mu di sini kini mempunyai kesedaran dan keupayaan untuk menghasilkan produk terbaik kerana ia mempunyai permintaan yang memberangsangkan.

"Hasil seni yang dihasilkan berkualiti, buat pembungkusan baik, cantik. Sekarang orang ramai boleh bangga miliki kraf Orang Asli bila ke luar bandar dan bukan lagi membeli kerana kasihan, tiada apa nak beli," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek Semarak Kraf Orang Asli di Pos Kuala Mu anjuran Kraftangan Malaysia.

Hadir sama Pengarah Kraftangan Malaysia Ismail Ibrahim.

Bersempena dengan projek itu, Kraftangan Malaysia telah mengadakan makmal pembangunan dan pengeluaran produk kraf fasa satu selama tiga hari bermula 8 Okt lalu yang disertai 40 peserta.

Sementara itu, Ibrahim berkata pihaknya memilih Kuala Mu kerana melihat masyarakat Orang Asli di penempatan berkenaan yang ingin berubah demi masa depan dan kehidupan mereka.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu