Banjir: kerja pembersihan parit giat dilaksanakan di Johor [ 1m ago ]

Jasmine Food Corporation anjur 'HealthyRiceStyle' untuk gaya hidup lebih sihat

Tarikh kemaskini: 10/10/2019

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Jasmine Food Corporation menganjurkan program 'HealthyRiceStyle' bersempena Hari Beras 2019, yang diadakan di North Court, IOI Mall Puchong di sini.

Program yang berlangsung sehingga 13 Okt ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna Malaysia berhubung faedah beras yang sihat.

"Melalui acara ini, kami menumpukan perhatian kepada pengguna untuk membina tabiat yang sihat, di samping menghapuskan tanggapan biasa yang salah bahawa nasi adalah punca yang membawa masalah kepada kesihatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation Lim Swee Keat pada majlis perasmian program berkenaan hari ini.

Pengunjung berpeluang menjamu mata pada pilihan beras kesihatan istimewa daripada Jasmine berserta resipi-resipi yang sihat dan kreatif daripada chef selebriti Malaysia serta ceramah kesihatan oleh Pusat Darah Negara dan Tung Shin Hospital.

Warga Malaysia digalakkan untuk mengambil bahagian dalam acara lima hari itu dengan demonstrasi memasak daripada chef selebriti, pameran beras sihat, pemeriksaan kesihatan percuma, rancangan bual bicara khas dan bengkel memasak bermula pada 9 Okt.

Acara berkenaan menampilkan semua jenis beras berkualiti daripada Jasmine termasuk Jasmine Royal Pusa Gold dan PusaCream yang memenangi anugerah, NutriRice (ThaiRed dan Blackberry) dan beras perang, selain beras wangi dan juga beras tempatan.

Dalam usaha untuk terus mempromosikan faedah kebaikan beras, Jasmine akan memberi 500 gram beras kepada semua kanak-kanak yang menyempurnakan cabaran aktiviti pendidikan kanak-kanak dan semua penderma darah di booth PDN.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan mengunjungi http://www.jasmine.com.my/.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu