Program CeIO terima sambutan menggalakkan sektor swasta - Latheefa [ 9m ago ]

Selayang Pandang Bagi Industri Transit Rel Global Yang Bakal Bermula -- Eksposisi Industri Transit Rel & Pembuatan Peralatan Antarabangsa China Pertama Yang Akan Diadakan Di Changsha

Tarikh kemaskini: 18/10/2019
Kereta api apungan magnetik pertama dibangunkan sendiri oleh China untuk kegunaan komersil
CHANGSHA, China, 18 Okt (Bernama) -- Eksposisi Industri Transit Rel & Pembuatan Peralatan Antarabangsa China 2019 (Ekspo InteRail) akan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Changsha di Wilayah Hunan di Tengah China dari 18 hingga 20 Oktober, 2019. Bertemakan “Kereta Api Pintar Menghubungkan Masa Depan”, ekspo itu akan mempamerkan teknologi dan inovasi baharu yang bakal ditawarkan oleh sektor transit rel dan pembuatan peralatan global. Daripada lapan pengeluar terbesar dunia bagi kenderaan dan kelengkapan transit rel, CRRC, Bombardier, Siemens, dan Wabtec telah mengesahkan kehadiran mereka, demikian menurut Jawatankuasa Penganjur bagi Eksposisi Industri Transit Rel & Pembuatan Peralatan Antarabangsa China.

Kira-kira 400 pempamer dan lebih daripada 2,500 ahli perniagaan akan berkumpul di dewan pameran yang berukuran 54,000 meter persegi itu, bersama-sama dengan anggaran lebih daripada 20,000 orang hadirin. Bakal dipamerkan adalah kenderaan transit rel dan bahagian bawahnya, reka bentuk kejuruteraan dan perkhidmatan ujian, dan peralatan bagi membina kereta api, terowong, dan jambatan, meningkatkan kemudahan pengangkutan awam bagi sebuah bandar raya pintar, dan meningkatkan pemprosesan dan automasi ketepatan, antara lain. Dalam acara sampingan, satu sidang kemuncak dan sesi mencari padanan akan diadakan bagi kalangan profesional, dan Direktori bagi Permintaan Bakat peringkat Tinggi di dalam Industri Transit Rel dan Pembuatan Peralatan yang pertama seumpamanya akan dikeluarkan.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu