'Acar temu' Mek Yah laris kerana khasiatnya [ 52m ago ]

IJM Land melancarkan Central Park yang bernilai RM 5 juta di Shah Alam 2

Tarikh kemaskini: 18/10/2019
BANDAR PUNCAK ALAM, Malaysia, 18 Okt (Bernama) -- Penduduk di Alam Suria, Bandar Puncak Alam, kini berpeluang untuk menjalani kehidupan seharian yang lebih sihat. Dikelilingi persekitaran yang hijau dan menenangkan, Alam Suria IJM Land adalah projek perumahan yang menggabungkan pelbagai tarikan unik seperti persekitaran yang berlatarkan kehijauan semula jadi, komuniti serantau yang berintegrasi serta berdekatan dengan lebuhraya-lebuhraya utama seperti LATAR dan Guthrie Corridor.

Kawasan ini amat berhampiran dengan kawasan komersial dan beriadah. Bandar yang berlatarkan alam semula jadi ini membolehkan penduduk berehat dan beriadah bersama keluarga serta menyertai aktiviti-aktiviti komuniti bersama rakan-rakan atau jiran tetangga di pusat rekreasi Central Park. Pusat rekreasi Central Park terletak di perbandaran yang terancang dan serba lengkap, ia meliputi kawasan rekreasi yang dibina khas untuk penduduk-penduduk Bandar Puncak Alam. Pusat rekreasi ini membuktikan bahawa komitmen IJM Land sebagai pemaju bukan hanya untuk membina kawasan perumahan, tetapi juga sebuah komuniti. Pusat rekreasi ini akan menjadi hab komuniti di mana penduduk dapat berkumpul dan berinteraksi bersama-sama dalam suasana yang tenang.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu