Jadi pengganggu teknologi yang baik, kata Suriani [ 50m ago ]

Penutupan jalan sempena acara Tour of Peninsular Malaysia 2019

Tarikh kemaskini: 19/10/2019
KUALA LUMPUR, 18 Okt -- Beberapa jalan di ibu negara akan ditutup dan dilencongkan bagi memberi laluan kepada acara perlumbaan basikal “Tour of Peninsular Malaysia 2019” esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya dalam kenyataan berkata penutupan itu akan dibuat secara berperingkat bermula 1.30 tengah hari sehingga acara selesai.

Jalan yang akan ditutup ialah:

  • Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Gombak / Jalan Taman Ibu Kota
  • Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Taman Ibu Kota / Jalan 1/23e
  • Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Taman Ibu Kota / Jalan Genting Klang,
  • Persimpangan Jalan Kilang/Jalan Usahawan
  • Persimpangan Jalan Kilang/Jalan Usahawan 6
  • Persimpangan Jalan 2/27a / Jalan 3/27a
  • Persimpangan Jalan 2/27a / Jalan 1/27a
  • Persimpangan Jalan 1/27a / Jalan Mohd Yatim Yahaya
  • U-Turn Jalan Mohd Yatim Yahaya
  • Persimpangan Jalan 6/27a / Jalan Wangsa Perdana 1
  • Persimpangan Jalan Wangsa Perdana 1 / Jalan Wangsa Delima
  • Persimpangan Jalan Wangsa Perdana 1 / Jalan Wangsa Delima 11
  • Persimpangan Jalan 34/26 / Jalan Wangsa Delima
  • Persimpangan Jalan 34/26 / Jalan 1/27c
  • Persimpangan Jalan Wangsa Delima 1 / Jalan 8/27a
  • Persimpangan Jalan 8/27a / Jalan 10/27a
  • Persimpangan Jalan 8/27a / Jalan 6/27a
Sementara itu, Zulkefly berkata acara yang bermula pada 14 Okt di Terengganu akan berakhir di Jalan Wangsa Perdana, di sini esok.

Beliau turut meminta pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan penutupan jalan ini dengan memberikan kerjasama yang sewajarnya, selain dapat merancang perjalanan masing- masing.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu