Saham BAT susut selepas failkan semakan kehakiman terhadap Kementerian Kesihatan [ 2m ago ]

Perak Tengah daerah terkini dilanda banjir

Tarikh kemaskini: 21/10/2019
IPOH, 21 Okt -- Perak Tengah menjadi daerah terkini di Perak yang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat petang semalam, demikian menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Banjir yang melanda Kampung Misa Teluk Kepayang, Bota itu menyebabkan 41 orang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Teluk Kepayang yang dibuka pukul 8 malam tadi.

Susulan daripada itu, jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 266 orang dengan 225 daripadanya adalah di daerah Hilir Perak yang kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan.

PPS Changkat Jong dibuka sejak Jumaat lepas.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu