Penerbangan pertama Ipoh-Guangzhou pada 27 Nov ini [ 15m ago ]

Dua cedera dalam insiden tembakan di Ottawa

Tarikh kemaskini: 21/10/2019
OTTAWA, 21 Okt -- Dua lelaki cedera dalam insiden tembakan di barat Ottawa, Kanada pada awal pagi Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Polis Ottawa, anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai insiden itu yang berlaku di sebuah rumah dua tingkat di daerah Nepean, menyebakan dua mangsa cedera.

Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke hospital, seorang daripadanya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Rumah itu disewa oleh Airbnb dan kedua-dua lelaki itu dipercayai ditembak sejurus selepas menghadiri satu pesta.

Siasatan lanjut sedang dijalankan.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu