Jadi pengganggu teknologi yang baik, kata Suriani [ 59m ago ]

Sidang kemuncak ASEAN, Thailand pastikan ciri keselamatan penuhi piawaian antarabangsa

Tarikh kemaskini: 21/10/2019
BANGKOK, 21 Okt -- Menjelang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 pada 2 hingga 4 Novermber ini, kerajaan Thailand telah mengarahkan semua pihak yang terbabit memastikan kawalan keselamatan memenuhi piawaian antarabangsa, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Jurucakap Kementerian Pertahanan Jeneral Kongcheep Tantrawanit berkata arahan Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwon itu bagi memastikan semua agensi yang terlibat menyelaraskan kerjasama bagi menjamin keselamatan dan sidang kemuncak berjalan lancar.

"Pegawai risikan perlu menggiatkan kerja untuk melindungi imej dan kredibiliti Thailand. Semua pihak perlu bekerjasama terutama pihak penguatkuasaan di pos pemeriksaan sempadan dan di pintu masuk udara serta laut," kata Kongcheep.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu