CAAM sahkan disenaraikan sebagai pengawal selia penerbangan kategori 2 [ 3h ago ]

Malakoff jual tanah di Australia dengan nilai RM1 bilion

Tarikh kemaskini: 29/10/2019
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Malakoff Corporation Bhd (Malakoff), Skyfirst Power Sdn Bhd (SPSB), menjual seluruh 50 peratus kepentingannya dalam Macarthur Wind Farm di Australia untuk pembayaran tunai bernilai AU$356.85 juta (kira-kira RM1.024 bilion).

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata cadangan penjualan itu memberi peluang kepada syarikat untuk membuka nilai pelaburannya dalam Macarthur WF.

Cadangan penjualan itu akan meningkatkan anggaran keuntungan bersih kira-kira RM546 juta, berdasarkan akaun teraudit sehingga 31 Dis, 2018, dan mengurangkan pinjaman Malakoff dengan segera, selain nisbah tahap kadar hutangnya.

-- BERNAMA














       Berita Utama Terdahulu