CAAM sahkan disenaraikan sebagai pengawal selia penerbangan kategori 2 [ 3h ago ]

BNM serbu RSI International kerana pemakaian "bank" tanpa kelulusan

Tarikh kemaskini: 29/10/2019
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Satu serbuan telah dibuat ke atas RSI International Bhd yang terletak di Cheras pada 23 Okt lepas selepas syarikat itu menggunakan perkataan "Bank" pada papan tanda pejabat mereka tanpa kelulusan bertulis daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM dalam satu kenyataan berkata semasa serbuan, dokumen dan peralatan komputer yang berkaitan telah dirampas untuk membantu siasatan.

"Di bawah Seksyen 139 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak untuk menggunakan perkataan 'Bank' tanpa kelulusan bertulis melainkan jika orang itu dilesenkan di bawah akta tersebut untuk menjalankan perniagaan perbankan atau perniagaan pelaburan perbankan.

"Jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dipenjarakan sehingga tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi RM25 juta atau kedua-duanya," Tambah.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu