Affin Bank raih Anugerah Teknologi Malaysia 2019 bagi inisiatif pembangunan komuniti PKS [ 15m ago ]

Jumlah mangsa banjir berkurangan di Perak

Tarikh kemaskini: 04/11/2019
IPOH, 4 Nov -- Sejumlah 406 penduduk daripada 100 keluarga masih ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat banjir di tiga daerah di Perak.

Angka itu menunjukkan pengurangan jumlah mangsa berbanding 423 orang malam tadi berikutan cuaca yang semakin baik di semua daerah pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri bagaimanapun di daerah Hilir Perak, air masih bertakung di beberapa kawasan berikutan ‘banjir termenung‘ yang melanda daerah itu.

Katanya, setakat pukul 8 pagi ini, jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak semakin berkurangan iaitu 47 orang masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan berbanding 64 orang malam tadi.

Sementara itu, di daerah Kerian, jumlah mangsa banjir kekal 277 orang di dua PPS iaitu 149 di SK Changkat Lobak, manakala 128 lagi di SK Parit Haji Aman, manakala di daerah Manjung, 82 orang masih berada di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.

Banjir di daerah terlibat dikenali sebagai 'banjir termenung' iaitu keadaan air yang tidak dapat mengalir keluar dengan baik ke dalam saliran dan bertakung untuk satu tempoh yang lama.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu