IPO Solarvest terlebih langgan 35 kali [ 5m ago ]

Mega Palm jual tanah dengan nilai RM54.25 juta

Tarikh kemaskini: 06/11/2019
KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Mega Palm Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk menjual tanah pegangan bebas berkeluasan 54,211 kaki persegi di Lot 65630, Mukim Batu, di sini dengan nilai RM54.25 juta kepada Siva Kumar a/l M Jeyapalan.

Mega Palm adalah sub-subsidiari milik penuh Country Heights Holdings Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa MaIaysia hari ini, Country Heights berkata bayaran akan dibuat secara tunai melalui deposit sebanyak RM20 juta selepas memeterai perjanjian itu dan bakinya sebanyak RM34.25 juta dalam tempoh tiga bulan dari tarikh perjanjian tersebut.

“Hasil daripada penjualan itu akan memberikan aliran tunai pada masa depan kepada tujuan modal kerja dan pembayaran balik pinjaman kumpulan," katanya.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu