Beli barangan pada harga borong di Karnival Jualan i-KeeP Langkawi [ 1m ago ]

Agrobank Lancar Visi dan Misi Baharu Sempena Sambutan Kemuncak 50 Tahun Bank

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri (tengah) merasmikan visi dan misi baharu Agrobank sempena dengan Sambutan Jubli Emas Agrobank sambil disaksikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani (kanan) dan Pn. Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif (kiri).
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Agrobank melancarkan visi dan misi baharu Bank sempena sambutan kemuncak 50 tahun pada 7 November 2019. Agrobank. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri sambil disaksikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Khadijah Iskandar, penanggung tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.

Menurut Khadijah Iskandar, pelancaran visi dan misi baharu Agrobank ini adalah tepat pada masanya yang menandakan kesediaan kami untuk lebih ke hadapan dalam memberi sokongan akses kewangan yang holistik kepada pelbagai segmen serta komuniti pertanian. Ini bagi memastikan kelangsungan jaminan bekalan makanan negara terjamin dengan memberi peluang untuk lebih ramai agropreneur mengembangkan perniagaan mereka.





Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu