Salur maklumat mengenai kosmetik tidak tepati piawaian kepada KKM - Dr Dzulkefly [ 2m ago ]

Wartawan Bernama tidak terlibat dalam kekecohan

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menjelaskan bahawa wartawannya tidak terlibat dalam kekecohan yang mengakibatkan kecederaan pada Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Melissa Ong di Forum Pelaburan Perniagaan dan Perdagangan Asli-Rusia di sini hari ini.

Agensi berita nasional itu dalam satu kenyataan hari ini, menerangkan bahawa kejadian berlaku apabila seorang lelaki telah menyamar sebagai wartawan Bernama untuk menghadiri forum berkenaan.

“Bernama telah membuat laporan polis terhadap lelaki itu kerana menyamar sebagai wartawan Bernama.

Bernama ingin merakamkan kekesalan atas kejadian yang menimpa CEO Asli itu yang terpaksa mengalami kesakitan atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Bernama ingin menegaskan bahawa semua wartawannya sentiasa mempunyai akreditasi yang sah dan penganjur sesuatu majlis atau acara disaran supaya menyemak atau meminta wartawan membuktikan akreditasi mereka,” menurut kenyataan itu.



-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu