IPO Solarvest terlebih langgan 35 kali [ 12m ago ]

Dakwaan Sungai Jimah dicemari toksik sedang disiasat - Exco

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
S Veerapan (Gambar fail)
SEREMBAN, 8 Nov -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan sedang menyiasat mengenai dakwaan kes pencemaran Sungai Jimah di Sendayan, yang dikatakan dicemari toksik, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan ringkas di aplikasi WhatsApp ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Hari ini, sebuah video tular di media sosial yang mendakwa sungai terbabit telah dicemari air toksik daripada pusat pengurusan sisa toksik, Kualiti Alam Sdn Bhd (Kualiti Alam).

Hantaran itu juga mendakwa penduduk di kawasan sekitar telah mengalami pening kepala dan muntah akibat bau daripada sungai tersebut.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu