Arif Fadzilah akui sudah lama idam sertai TFC [ 13m ago ]

KPLB sedia kerjasama dengan Keningau FM sampaikan dasar kerajaan - Ewon

Tarikh kemaskini: 09/11/2019
KENINGAU, 9 Nov -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah bersedia bekerjasama dengan Keningau FM untuk sebarang aktiviti dalam menyampaikan dasar kerajaan, kata Menterinya Datuk Ewon Benedick.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar stesen penyiaran itu lebih kerap mengadakan aktiviti yang melibatkan akar umbi khususnya di kawasan luar bandar.

"Kementerian saya (KPLB) dan agensi-agensi berkaitan sangat menyokong segala usaha stesen ini (Keningau FM)," katanya ketika berucap merasmikan Program Sedekad Keningau FM 2019 di sini, semalam sempena sambutan ulang tahun kesepuluh stesen radio itu.

Beliau berkata peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh station itu perlu diketahui dan diambil peluang oleh masyarakat untuk kepentingan bersama.

Ewon yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedamaian berkata selain menjadi medium menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat dan maklumat berhubung program yang berlangsung di kampung, Keningau FM juga berperanan mengetengahkan muzik dan lagu tempatan.

Katanya Keningau FM juga boleh membantu mempromosikan produk pelancongan dan hasil inovasi kepada masyarakat.

-- BERNAMA.






       Berita Utama Terdahulu