Pengeluar produk makanan sunnah perlu kemuka kajian saintifik [ 8h ago ]

Jabatan Meteorologi keluar nasihat Ribut Tropika Nakri

Tarikh kemaskini: 09/11/2019
KUALA LUMPUR, 9 Nov -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Nakri) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 725 kilometer (km) ke barat laut dari Kudat, Sabah.

"Berdasarkan pencerapan pada 5 petang ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 751 km ke timur laut dari Bandar Ho Chi Minh, Vietnam dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15 km sejam.

"Kelajuan angin ribut tropika berkenaan boleh mencapai sehingga 170 km sejam," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu