CAAM sahkan disenaraikan sebagai pengawal selia penerbangan kategori 2 [ 3h ago ]

Pendaftaran untuk Program Khatan Perdana Perlis sudah dibuka

Tarikh kemaskini: 09/11/2019
Gambar fail
KANGAR, 9 Nov -- Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki untuk dikhatankan di bawah Program Berkhatan Perdana Negeri Perlis 2019 boleh mendaftar nama anak mereka sekarang.

Kenyataan Unit Pembangunan Komuniti (UPK), Pejabat Menteri Besar di sini memberitahu borang pendaftaran boleh diperoleh dari pejabat UPK dan perlu diisi dan dikembalikan kepada unit berkenaan pada atau sebelum 20 Nov ini.

Program tahunan itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri secara percuma untuk meringankan beban ibu bapa terutama dari keluarga yang kurang kemampuan.

Borang-borang yang telah diisi hendaklah dikembalikan di pejabat UPK, Jalan Penjara di sini atau di mana-mana Pusat Khidmat Wakil Rakyat Perlis.

Menurut kenyataan itu lagi, tarikh berkhatan ditetapkan pada 25 hingga 30 November dan antara 2 hingga 6 Disember setiap hari bertempat di Wad Kelas 1 lama, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pejabat UPK pada talian 04-9782514 waktu pejabat antara pukul 8 pagi hingga 5 petang atau datang terus ke pejabat berkenaan di alamat No. 413, Jalan Penjara di sini.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu