Pengeluar produk makanan sunnah perlu kemuka kajian saintifik [ 7h ago ]

Pemuda PH berkunjung rumah ke rumah penduduk Tanjung Piai

Tarikh kemaskini: 09/11/2019
KUALA LUMPUR, 9 Nov -- Jentera pemuda Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan berbeza bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan berkunjung rumah ke rumah untuk mendekati penduduk kawasan berkenaan, kata Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata dengan berbuat demikian, ia membuktikan jentera Pemuda PH bekerja keras untuk melaksanakan program berimpak tinggi untuk PH serta untuk membantu melihat keperluan masyarakat.

"Jentera Pemuda PH menggunakan pendekatan yang berbeza (untuk pilihan raya kecil ini), kita pergi ke setiap rumah untuk memahami keperluan mereka, dan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikannya dengan segera. Ahli Armada juga diberitahu supaya tinggal dengan penduduk kampung untuk memahami keperluan mereka di samping menganjurkan program berimpak tinggi dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program LEVEL UP KL 2019 di sini hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu berkata demikian semasa menjawab pertanyaan pemberita mengenai prestasi jentera PH setelah media melaporkan majlis PH kurang mendapat sambutan semasa kempen pilihan raya itu.

Program LEVEL UP KL adalah antara inisiatif Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd untuk memacu ekonomi digital di Malaysia melalui pertumbuhan industri permainan video negara.

LEVEL UP KL 2019 yang berlangsung dari 9 hingga 10 Nov, menyediakan pelbagai aktiviti untuk industri permainan video dan orang awam.

-- BERNAMA



       Berita Berkaitan

       Berita Utama Terdahulu