200 bot pelancongan Semporna bantu promosi VM2020 [ 2m ago ]

RHB Investment yakin dengan kerjaya prospek, kekalkan saranan 'beli'

Tarikh kemaskini: 11/11/2019
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- RHB Investment Bank Bhd yakin terhadap keupayaan Kerjaya Prospek Group Bhd untuk memperoleh kerja-kerja pembinaan baharu, dan pada masa yang sama dapat memilih projek berkualiti yang menyediakan purata margin pembinaan yang lebih tinggi.

Ini adalah berlandaskan kepada sokongan padu daripada Pengerusi Eksekutifnya Datuk Tee Eng Ho dan tunai bersih sebanyak RM174 juta, katanya dalam nota, hari ini.

"Walaupun pasaran hartanah lemah, kami masih memihak kepada Kerjaya Prospek kerana kami percaya masih wujud permintaan ke atas projrk hartanah berharga antara RM400,000 dan RM600,000, kata bank pelaburan tersebut.

RHB Investment percaya bahawa syarikat itu berpotensi untuk memproleh pekerjaan bernilai RM200 juta hingga RM300 juta daripada pihak ketiga.

"Kami meningkatkan jangkaan nilai kontrak dalam tahun kewangan 2020 (FY19) kepada RM1.3 bilion daripada RM1 bilion. Kami juga mengekalkan unjuran FY19 sebanyak RM1.3 bilion, memandangkan penhunjung tahun kewangan 2019 semakin hampir. Baki nilai projek dalam tangan berjumlah RM3.4 juta, dengan nilai tender lebih tinggi sebanyak RM3 bilion berbanding RM1 bilion sebelumnya, kebanyakannya kerja-kerja pembinaan,” katanya.

RHB Investment mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Kerjaya Prospek dengan harga sasaran pada RM1.72, meningkat 31 peratus daripada harga semasa.

Pada 4.06 petang, saham Kerjaya Prospek tidak berubah pada RM1.31 dengan 29,900 saham diurusniagakan.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu