Gelaran raja pecut Asia Tenggara ubat prestasi hambar kontinjen Malaysia [ 3h ago ]

Pengebom bunuh diri serang balai polis di Medan Indonesia

Tarikh kemaskini: 13/11/2019
JAKARTA, 13 Nov -- Seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di sebuah balai polis di Medan, Sumatera Utara kira-kira pukul 8.40 pagi waktu tempatan pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap polis Sumatera Utara, Tatan Dirsan Atmaja, berkata dalam temu bual dengan stesen televisyen tempatan, serangan itu mencederakan sekurang-kurangnya enam orang setakat ini.

Rakaman video kejadian kini tular di media sosial, menyaksikan orang ramai bergegas keluar dari bangunan berhampiran dengan ibu pejabat polis itu.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu