Lelaki ditemukan lemas berhampiran jeti Kampung Mawai Baru [ 23m ago ]

Amphibian Humdinga mantapkan persediaan PPM Wilayah 3 hadapi banjir

Tarikh kemaskini: 14/11/2019
TUMPAT, 14 Nov - Kenderaan Amphibian Humdinga bernilai RM4.9 juta yang diterima seminggu lepas memantapkan lagi persediaan Pasukan Polos Marin (PPM) Wilayah 3 dalam menghadapi musim banjir kali ini, kata Komandernya ACP Norzaid Muhammad Zaid.

Beliau berkata kenderaan itu boleh digunakan di daratan dan dalam air bagi tujuan menyelamat mangsa banjir sepertimana bot jenis Sealegs sedia ada yang boleh memuatkan lapan penumpang pada satu-satu masa.

Selain itu10 buah bot sedia ada di pangkalan selain bot yang ada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat akan digunakan untuk operasi membantu dan menyelamat mangsa banjir nanti, katanya kepada pemberita di sini, hari ini berhubung persediaan pasukan itu untuk menghadapi banjir.

Katanya mengikut kenyataan Jabatan Meteorologi, dijangka berlaku air pasang besar pada 23 hingga 26 Nov ini yang boleh menyebabkan banjir dan hujan lebat peringkat kuning juga dijangka berlaku pada esok dan lusa yang boleh menyebabkan kawasan rendah dinaiki air.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu