Pembersihan hutan simpan Kledang Saiong adalah projek bangunkan tanah dusun [ 3m ago ]

Organisasi Malaysia kurang mengaplikasikan 'awan' sebagai strategi teras - kajian

Tarikh kemaskini: 14/11/2019

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Dua puluh tujuh peratus organisasi di Malaysia menyatakan mereka gagal untuk memanfaatkan pengkomputeran awan, menurut sebuah kajian oleh Unisys Corporation.

Menurut kajian tersebut, ini disebabkan sebahagian besarnya tidak mengintegrasikan pelan migrasi ke dalam strategi transformasi perniagaan secara lebih luas.

Kajian pertama ‘Unisys Cloud Success Barometer(TM)’ melibatkan kesan dan kepentingan awan melalui kaji selidik yang melibatkan 1,000 pemimpin teknologi maklumat dan perniagaan di 13 negara, termasuk 90 di Malaysia dan Singapura.

Sembilan puluh responden Singapura dan Malaysia terdiri daripada 56 pemimpin teknologi maklumat dan 34 ketua perniagaan.

Tujuh puluh peratus organisasi di Singapura dan Malaysia mendapati keberkesanan organisasi telah meningkat pada kadar tinggi dan sederhana kerana pengkomputeran awan.

Organisasi Malaysia dilaporkan menduduki tempat kedua terendah dalam penggunaan sistem legasi (11 peratus) dan awan awam (17 peratus) namun kedua tertinggi bagi pusat data premis (41 peratus).

Organisasi Asia Pasifik yang menjadikan awan sebagai teras dalam strategi perniagaan adalah 2.5 kali ganda (80 peratus) lebih cenderung mengalami perubahan keberkesanan organisasi, berbanding 29 peratus yang mengatakan awan hanya memberi impak kecil dalam transformasi mereka.

Maklumat lanjut di www.unisys.com/cloudbarometer

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu