Gelaran raja pecut Asia Tenggara ubat prestasi hambar kontinjen Malaysia [ 5h ago ]

Jadi pengganggu teknologi yang baik, kata Suriani

Tarikh kemaskini: 14/11/2019
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Suriani Ahmad
KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Di dalam era teknologi maklumat (IT), komunikator dan pengamal perhubungan awam (PR) patut menjadi pengganggu kerana gangguanlah yang menyalakan perubahan untuk kebaikan negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Suriani Ahmad berkata gangguan yang berniat baik ialah satu anjakan paradigma yang baik.

Beliau berkata semenjak kerajaan mendukung IT, ia membawa banyak perubahan untuk rakyat dan kemakmuran ekonomi.

“Gangguan selalunya bermaksud membaling sepana dalam kerja dan kesemua jentera berhenti bekerja. Gangguan pada hari ini lebih kepada terma dinamik yang tidak semestinya negatif atau mengubah cerita, kata Suriani dalam ucaptamanya bertajuk “Embracing Disruption: Empowering All With Local and Global Information” di Persidangan Perhubungan Awam Antarabangsa Kuala Lumpur anjuran World Communications Network Resources.

“Ambil inspirasi anda dari seluruh dunia, buat pembaharuan, laksanakan dan jadi agen perubahan. Semua kita perlu bergelut dengan idea berkenaan gangguan,” katanya kepada 200 pengamal PR tempatan dan antarabangsa di sini hari ini.

“Rakyat tidak lagi berpuas hati dengan komunikasi dari atas ke bawah. Input mereka dan transparensi juga penting. Teknologi moden membolehkan kesemua rakyat menjadi pemberita,” katanya.

Beliau menjelaskan inovasi boleh dipergunakan untuk manfaat komunikasi dan gabungan platform menyediakan input baharu kepada semua bidang perniagaan dan meluaskan ekonomi.

Kerajaan mewujudkan platform IT untuk rakyat, pemegang kepentingan dan pekerja untuk berkongsi idea, pendapat dan keutamaan untuk menyelesaikan masalah bersama.

Sementara itu, Suriani menerima anugerah Pengamal Perhubungan Awam Bertauliah Kehormat daripada Indonesia's London School of Public Relations yang disampaikan Presiden Rangkaian PR ASEAN, Prita Kemal Gani di majlis itu.

Persidangan sehari yang menarik penyertaan mahaguru perhubungan awam, komunikator sejagat, pemimpin persatuan perhubungan awam seluruh dunia untuk membincangkan isu komunikasi bagi menghadapi landskap media yang mencabar.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu