Edar dadah: Warga emas dan dua warga Iran dihukum gantung [ 49s ago ]

PRK Tanjung Piai: PH hormat, terima keputusan rakyat

Tarikh kemaskini: 16/11/2019
IPOH, 16 Nov -- Pakatan Harapan (PH) menghormati dan menerima keputusan pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, kata Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga timbalan perdana menteri berkata segala kekurangan yang ada pada PH akan cuba diperbaiki susulan daripada keputusan itu.

"Memang ini adalah keputusan daripada rakyat kita, kita hormat dan terima, kalau ada kekurangan kita akan cuba perbaiki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2019 di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan PRK Tanjung Piai yang menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi PRK itu mengalahkan calon PH Karmaine Sardini.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian Ahli Parlimen sebelum ini, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik, akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lepas.

-- BERNAMA



       Berita Berkaitan

       Berita Utama Terdahulu