Sidang Kemuncak KL bukan medan cakap-cakap kosong - Samsudin [ 7m ago ]

Wee angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat

Tarikh kemaskini: 18/11/2019
KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Ahli Parlimen Tanjung Piai yang baharu Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat hari ini.

Majlis yang berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof itu mendahului aturan urusan dewan.

Selepas Wee mengangkat sumpah, Mohamad Ariff mengucapkan tahniah kepada beliau atas kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lepas.

"Semoga dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah serta dapat berkhidmat dengan cemerlang. Tahniah sekali lagi," katanya.

PRK Tanjung Piai menyaksikan Wee daripada Barisan Nasional (BN) menewaskan lima calon lain termasuk Karmaine Sardini daripada Pakatan Harapan (PH).

PRK itu diadakan susulan kematian Ahli Parlimen sebelum ini, Datuk Dr Md Farid Md Rafik akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lepas.

Wee, 55, merupakan Ahli Parlimen kawasan itu selama dua penggal pada 2008 hingga 2018 sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14.

-- BERNAMA





       Berita Berkaitan

       Berita Utama Terdahulu