Kira-kira 43,500 pelajar dapat manfaat Program Back to School [ 3m ago ]

Pertemuan dengan MP BN: "Tiada yang luar biasa", kata Azmin

Tarikh kemaskini: 19/11/2019
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan pertemuannya dengan beberapa anggota parlimen termasuk pembangkang di kediamannya di Putrajaya malam tadi sebagai perkara biasa atas tugasnya sebagai menteri.

“Ini bukan perkara yang luar biasa yang harus kita gembar-gemburkan. Saya mempunyai banyak mesyuarat setiap hari dari pagi hingga lewat malam. Tetapi orang yang berbeza, kumpulan yang berbeza, ahli politik, ahli parlimen, pemimpin perniagaan, pelabur asing.

"Itulah tugas menteri. Saya perlu bertemu dengan orang ramai, " katanya kepada pemberita di luar pejabatnya di Bangunan Parlimen.

Mohamed Azmin berkata pertemuan malam tadi juga bukan dianjurkan oleh pihaknya.

Ditanya sama ada beliau akan hadir pada mesyuarat biro politik PKR yang dijadualkan esok, Mohamed Azmin berkata beliau akan berbuat demikian jika tiada sebarang tugas rasmi.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mahu timbalannya itu Mohamed Azmin hadir pada mesyuarat tersebut bagi menjelaskan kepada parti tentang pertemuan dengan Ahli Parlimen UMNO di kediaman rasminya di Putrajaya malam tadi.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu