Jeti baharu di Dataran Regatta Lepa mampu jadi tarikan pelancong ke Semporna [ 10m ago ]

Malaysia benam Indonesia 2-0

Tarikh kemaskini: 19/11/2019
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Malaysia mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas seteru utamanya, Indonesia dalam aksi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam ini.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad Harimau Malaya membuka jaringan menerusi sepakan percuma melencong Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-29.

Safawi sekali lagi mengegarkan stadium menerusi jaringan pada minit ke-72 dengan melakukan rembatan kencang dari sudut kiri palang gol yang deras melepasi Muhammad Ridho ke dalam gawang skuad Garuda Merah Putih itu.

Indonesia mendapat peluang keemasan untuk mendapatkan gol apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Mohd Farizal menjatuhkan Febri yang berjaya melakukan larian ke dalam kotak penalti pada minit ke-82, namun Mohd Farizal bertindak cemerlang untuk menyelamatkan sepakan penalti penyerang kelahiran Nigeria, Osas Marvellous.

Kali terakhir Indonesia mencatatkan kemenangan ke atas Malaysia di Stadium Nasional adalah kemenangan 4-1 pada separuh akhir saingan Piala AFF 2005, manakala Malaysia mencatatkan kemenangan 3-0 dan 2-0 dalam kempen Piala AFF 2010 dan 2012.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu