Sarawak tingkatkan infrastruktur taman negara [ 2h ago ]

Tiga anggota polis trafik cedera dalam letupan bom di Narathiwat

Tarikh kemaskini: 19/11/2019
NARATHIWAT, 19 Nov -- Tiga anggota polis trafik Thailand yang sedang melakukan sekatan jalan raya cedera selepas sebutir bom meletup di Resak, Narathiwat hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang (waktu tempatan),

Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Resak Kapt. Pol. Komsan Thikarn berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang (waktu tempatan) semasa ketiga-tiga anggota polis itu bersama tiga lagi rakan mereka sedang membuat pemeriksaan kenderaan di Kampung Benae Jamong.

“Tiba-tiba sebutir bom buatan sendiri seberat 10 kilogram yang disembunyikan dalam satu kotak besi tidak jauh dari tempat kejadian meletup dan mencederakan ketiga-tiga mereka. Letupan itu turut merosakkan beberapa buah motosikal dan rumah yang terletak berdekatan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah salah seorang daripada yang cedera parah diterbangkan ke Hatyai, Songkhal untuk menerima rawatan di Hospital Prince of Songkhla University manakala dua lagi sedang menerima rawatan di Hospital Narathiwat.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu