APEC 2020 dijangka rancakkan pertumbuhan di Asia Tenggara [ 10m ago ]

Kempen Pemilikan Rumah antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Tarikh kemaskini: 20/11/2019
KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Persoalan sejauh mana Kempen Pemilikan Rumah (HOC) kepada pembeli warga asing dapat mengatasi isu lambakan rumah mewah tidak terjual dijangka menjadi tumpuan Persidangan Dewan Rakyat yang masuk hari ke-26, hari ini.

Mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat, persoalan itu dibangkitkan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan oleh Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang turut mahukan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan sejauh mana langkah itu mampu memulihkan ekonomi negara.

Turut dijangka mencuri tumpuan ialah persoalan yang dibangkitkan Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar tentang Skim Pembiayaan Pembangunan Ekonomi Desa (SPED).

Selain itu, soalan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) tentang langkah diambil Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk meningkatkan pelancongan di negeri-negeri yang bersempadanan dengan negara jiran, turut menarik perhatian.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung sehingga 5 Dis ini.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu