Musim tengkujuh rezeki pengusaha ikan pekasam [ 1h ago ]

Angin kencang, laut bergelora di perairan Sabah akibat ribut tropika Kalmaegi

Tarikh kemaskini: 20/11/2019
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut tropika Kalmaegi yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan berhampiran perairan Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 1,367 kilometer (km) ke timur laut Kudat, Sabah.

Berdasarkan pencerapan 5 pagi ini, kedudukan ribut tropika berada kira-kira 183km ke timur laut Luzon, Filipina dan bergerak ke arah selatan barat daya dengan kelajuan 30km sejam.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu