Jeti baharu di Dataran Regatta Lepa mampu jadi tarikan pelancong ke Semporna [ 4m ago ]

PM Finland Antti Rinne letak jawatan

Tarikh kemaskini: 03/12/2019
Perdana Menteri Finland Antti Rinne (Kredit foto: Jussi Nukari/Lehtikuva/dpa)
HELSINKI, 3 Dis -- Presiden Finland Sauli Niinisto pada Selasa menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Antti Rinne, lapor agensi berita Sputnik.

Pertemuan antara Presiden dan Rinne yang berlangsung di kediaman presiden turut disiarkan media Finland.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sejak saya berkhidmat sebagai perdana menteri," kata Rinne.

Kerajaan pimpinan Rinne dilantik pada 6 Jun selepas pilihan raya parlimen.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu