Mangsa kebakaran Kampung Titingan diingatkan tidak boleh bina semula rumah di kawasan sama [ 23m ago ]

Sabar saya ada batasan - Anwar

Tarikh kemaskini: 04/12/2019
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA KANGSAR, 3 Dis -- Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sentiasa terbuka dan bersabar dalam menerima sebarang teguran daripada mana-mana pihak terhadap parti itu.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan kesabaran beliau ada batasan terutama terhadap pihak yang menggambarkan PKR sebagai parti yang lemah.

"Saya sabar (bila orang beri gambaran) sebab fikir setiap orang ada hak untuk memberi gambaran.

"Tapi saya tak boleh (sabar) jika orang beri gambaran parti (PKR) berpecah, lemah... sebab menjadi tanggungjawab saya untuk membina kekuatan parti," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR negeri Perak di sini, malam ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengulangi kenyataan untuk memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lebih-lebih lagi semasa beliau sedang menggalas satu tugas yang bukan mudah.

"Khamis lepas saya berjumpa beliau dan bersembang lama. Saya buat pendirian bagi sokongan penuh kepada beliau sebagai ketua. Kita jangan persulitkannya, kita bersatu jangan berpecah," kata Anwar.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu