FAS anjur Asia Challenge 2020, persiapan jadi kelab bola sepak unggul di Asia [ 13m ago ]

Zuraidi optimis Malaysia mampu raih emas keempat boling padang Sukan SEA

Tarikh kemaskini: 04/12/2019
Ketua Jurulatih Boling Padang negara Zuraidi Puteh
NEW CLARK CITY (Filipina), 3 Dis -- Ketua jurulatih boling padang negara, Zuraidi Puteh, optimis Malaysia mampu meraih empat keempat apabila berentap dengan Brunei pada aksi final men's fours pada hari terakhir boling padang Sukan SEA ke-30 di CDC Lot, Friendship Gate, dekat sini, esok.

Beliau mendedahkan Brunei semestinya mahu membalas dendam setelah tewas kepada Malaysia pada aksi pusingan awal, beberapa hari lalu, namun yakin barisan pemain negara mampu menampilkan aksi cemerlang pada final nanti.

"Pasukan Brunei tewas kepada kita pada pusingan awal, sebelum ini, dan saya jangka kebangkitan mereka akan bertambah memandangkan mereka mempamerkan aksi cemerlang sebelum tewas tipis kepada Singapura pada satu lagi aksi pusingan awal, hari ini.

"Bukan mudah untuk pasukan Brunei melayakkan diri ke final acara men's fours ini kerana ada beberapa pasukan kuat dalam acara ini seperti Thailand dan tuan rumah," katanya kepada Bernama, hari ini.

Pada aksi hari ini, Brunei tewas 11-13 kepada Singapura, manakala Malaysia menewaskan Thailand dengan keputusan 19-16 pada satu lagi aksi pusingan awal, namun Malaysia dan Brunei layak ke final setelah meraih kedudukan mata yang lebih baik berbanding Singapura dan Thailand selepas berakhirnya aksi pusingan awal acara men's fours.

Dalam pada itu, Zuraidi mengakui sedikit terkilan kerana gagal menyamai pencapaian lima emas yang dilakar Malaysia pada edisi 2007 di Korat, Thailand yang merupakan pencapaian terbaik skuad boling padang negara di luar Kuala Lumpur.

Skuad women's triples negara gagal layak ke final setelah ketinggalan dari segi jumlah mata yang dipungut berbanding pasukan Singapura dan Thailand, walaupun ketiga-tiga negara berkenaan mencatatkan satu kekalahan pada pusingan awal pertandingan.

"Prestasi keseluruhan skuad boling padang negara sepanjang Sukan SEA kali ini boleh dikatakan agak baik, dan walaupun mereka mengalami kesukaran yang sangat hebat, sebelum dan semasa pertandingan, mereka tetap mempamerkan persembahan terbaik.

Sebagai rekod, Malaysia sudah memenangi tiga emas dan satu gangsa dalam acara boling padang pada Sukan SEA 2019.

Tiga emas berkenaan disumbangkan menerusi acara men's triples, women's pairs dan women's pairs, manakala satu gangsa hadir menerusi gandingan Muhammad Hizlee Abdul Rais dan Muhammad Soufi Ruslee.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu