Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyikan kelahiran, buang mayat bayi [ 3h ago ]

Lelaki ditemukan lemas berhampiran jeti Kampung Mawai Baru

Tarikh kemaskini: 10/12/2019
JOHOR BAHRU, 10 Dis -- Seorang lelaki berusia 46 tahun ditemukan lemas berdekatan sebuah jeti di Batu 11, Kampung Mawai Baru, dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Wahid berkata pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan pada 8.47 malam dan sejurus itu, seorang pegawai bersama lapan anggota bomba digerakkan ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa yang dikenali sebagai Mustafa Ali.

“Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba, kemudian dibawa keluar oleh pasukan bomba ke Balai Polis Mawai kerana lokasi kejadian dinaiki air akibat banjir, tetapi sejurus tiba di balai itu, dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata mangsa yang merupakan lelaki tempatan ditemui penduduk kampung kira-kira 7.45 malam selepas menyedari kehilangan mangsa di jeti berkenaan - tempat mangsa meletakkan botnya.

-- BERNAMA





       Berita Berkaitan

       Berita Utama Terdahulu