EKONOMI

WINTECH METAL MENANG ANUGERAH PENGEKSPORT UTAMA DI ETEA MATRADE

10/12/2019 07:13 PM

KUALA LUMPUR, 10 Dis  -- Wintech Metal Processing Sdn Bhd memenangi Anugerah Pengeksport Utama pada majlis Anugerah Pengeksport eTRADE (eTEA) 2019 Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang julung-julung kalinya diadakan.   

Majlis anugerah itu juga mengiktiraf Worldwide Tractors Sdn Bhd sebagai pemenang bagi (Anugerah Wanita), AXG Industries Sdn Bhd (Belia), Tropical Bioessence Sdn Bhd (Bumiputera) dan Koperasi Usahawan Groom BIG Perlis Berhad atau KUGPIS (Koperasi).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport) MATRADE Sharimahton Mat Saleh dalam satu kenyataan berkata, eTEA bertujuan memotivasikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk memperluaskan pasaran mereka di luar Malaysia dengan memanfaatkan platform digital, dalam hal ini eMarketplaces.

“Anugerah itu diberikan kepada syarikat tempatan yang menunjukkan prestasi eksport cemerlang, berdasarkan kepada nilai eksport yang dijana dan bilangan pasaran yang telah diakses daripada penyertaan mereka dalam program eTRADE.

“MATRADE percaya eTEA 2019 akan menjadi inspirasi kepada PKS Malaysia yang lain untuk memulakan eskport dan menceburi eDagang untuk mendekati pengguna di peringkat global,” katanya.

Di bawah program eTRADE, PKS boleh menikmati kemudahan dalam bentuk sokongan kewangan dan pembangunan kapasiti supaya kejayaan mereka dalam eksport digital dapat dipercepat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan