Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyikan kelahiran, buang mayat bayi [ 2h ago ]

Kerja tutup lubang seluas tiga meter di Ipoh giat dilakukan - Exco Perak

Tarikh kemaskini: 11/12/2019
IPOH, 11 Dis -- Pihak kontraktor iaitu Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd sedang menjalankan kerja penutupan lubang seluas tiga meter yang terbentuk akibat tanah mendap di Jalan Pasir Putih Lahat berhampiran Balai Bomba Pasir Puteh di sini, tengah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan sedang dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

"Pihak JKR menerima laporan pukul 1 tengah hari ini dan mendapati kejadian tanah mendap itu berlaku akibat ´kaviti kerja pipe jacking´ oleh pihak kontraktor berkenaan.

"Syarikat Mangkubumi sedang melaksanakan kerja tambakan lubang mengikut spesifikasi jalan JKR," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak polis dan JKR sedang mengalihkan aliran trafik ke lorong bertentangan dengan mengikut pelan pengurusan trafik.

-- BERNAMA













       Berita Berkaitan

       Berita Utama Terdahulu