Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyikan kelahiran, buang mayat bayi [ 2h ago ]

Sabah capai 90 peratus tahap perkhidmatan ICT

Tarikh kemaskini: 12/12/2019
Datuk Jaujan Sambakong
SEMPORNA, 12 Dis -- Kerajaan Sabah telah banyak melakukan transformasi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) apabila kini ia mencapai 90 peratus peralihan perkhidmatan daripada manual kepada dalam talian, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) telah melakukan pelbagai langkah termasuk menganjurkan seminar ke arah membentuk kerajaan digital, kerajaan pintar dan era revolusi industri.

“Kerajan negeri bersama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah menyokong usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat melalui ICT,” katanya ketika merasmikan Seminar ICT dan Bengkel ‘Smart City’ 2019 peringkat KKTP di sini, hari ini.

Jaujan, yang juga Menteri KKTP berkata penggunaan ICT dalam operasi harian tidak dapat dielakkan dan menjadi keperluan untuk maju ke hadapan dalam dunia yang semakin pantas berubah dengan perkembangan ICT.

“Perkhidmatan awam perlu mempertingkat ICT agar dapat memberikan impak yang tinggi kepada rakyat dan secara langsung akan mencetuskan daya saing yang tinggi untuk pertumbuhan sosio ekonomi yang lebih pesat,” katanya.

-- BERNAMA



       Berita Berkaitan

       Berita Utama Terdahulu