Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyikan kelahiran, buang mayat bayi [ 2h ago ]

Mary Kay Memajukan Komitmen kepada Pemerkasaan Wanita Global di Forum Kesamaan Gender Global Compact Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Tarikh kemaskini: 13/12/2019
Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay dengan Sanjeev Khagram, Ketua Pengarah dan Dekan, Thunderbird School of Global Management, Arizona State University (Foto: Mary Kay Inc.)
DALLAS, 13 Dis (Bernama) -- Dalam komitmennya yang berterusan terhadap pemerkasaan dan keusahawanan wanita, Mary Kay Inc., bersama-sama dengan Warner Bros, Qualcomm dan lebih banyak lagi, baru-baru ini telah membahaskan manfaat ekonomi, sosial dan kemapanan bagi kesamaan gender global di Global Compact Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Kesamaan Gender, sebuah acara yang dianjurkan oleh Global Compact Network USA (GCNUSA) di Los Angeles, California. Acara serantau itu telah berlangsung di Ibu Pejabat Metro di One Gateway Plaza dan menjemput hadirin untuk menerokai pelbagai cara di mana perniagaan boleh mengambil tindakan ke atas Matlamat 5 bagi Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDG 5) untuk menggalakkan kesamaan gender di tempat kerja, tempat pasaran, dan komuniti.

Diiktiraf oleh ketua-ketua eksekutif, Global Compact merupakan sebuah rangka kerja praktikal untuk pembangunan, pelaksanaan, dan pendedahan bagi dasar dan amalan kemapanan, yang menawarkan kepada peserta dengan spektrum aliran kerja yang luas, peralatan dan sumber pengurusan, kesemuanya direka untuk membantu memajukan model dan pasaran perniagaan yang mapan. Dengan lebih daripada 10,000 peserta korporat dan pemegang kepentingan lain dari lebih 160 buah negara yang terlibat melalui 68 rangkaian negara, ia merupakan inisiatif kelestarian korporat sukarela yang terbesar di dunia.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu