Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyikan kelahiran, buang mayat bayi [ 3h ago ]

Program Kesatria Malaysia berhasil bawa 145 acara perniagaan

Tarikh kemaskini: 13/12/2019
Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Datuk Zulkefli Sharif
KUALA LUMPUR, 13 Dis -- Program Kesatria Malaysia, inisiatif daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), telah menyumbang kepada 145 acara perniagaan yang berjaya, dan menarik sejumlah 223,516 delegasi dengan anggaran kesan ekonomi sebanyak RM3.2 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Datuk Zulkefli Sharif berkata 47 peratus daripada bidaan telah dimenangi dan disokong dengan 73 acara yang diperoleh, dengan kira-kira 113,514 delegasi dan impak ekonomi berjumlah RM1.5 bilion.

“Ia adalah bukti yang nyata bahawa program ini sangat bermanfaat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkefli berkata, Program Kesatria itu yang dilancarkan pada 2012, adalah bertujuan menggalakkan industri acara perniagaan untuk terus menonjolkan Malaysia ke dalam sektor acara perniagaan peringkat global dan menjadi penyumbang ekonomi dan pengetahuan utama kepada negara.

-- BERNAMA



       Berita Berkaitan

       Berita Utama Terdahulu