Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyikan kelahiran, buang mayat bayi [ 3h ago ]

Insentif pengeluaran getah diaktifkan bagi November 2019

Tarikh kemaskini: 13/12/2019
KUALA LUMPUR, 13 Dis -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan bagi November 2019 untuk pekebun kecil di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, berikutan harga di peringkat ladang berada pada paras RM2.50 sekilogram ke bawah, pada bulan tersebut.

Dalam kenyataannya, LGM berkata harga purata peringkat ladang bagi ‘cuplump’ atau getah sekerap pada November di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, masing-masing pada RM2.10, RM1.80 dan RM2.00 sekilogram.

Bayaran IPG teraktif bagi Semenanjung Malaysia ialah 40 sen sekilogram, manakala Sabah 70 sen sekilogram dan Sarawak pada 50 sen sekilogram, kata LGM.

“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan pengeluaran bulan November 2019 mulai 1 hingga 31 Dis, 2019,” menurut LGM.

Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada pada paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada pada paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

-- BERNAMA



       Berita Berkaitan

       Berita Utama Terdahulu