Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyikan kelahiran, buang mayat bayi [ 2h ago ]

Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) Mengenai MSPO - Trace

Tarikh kemaskini: 16/12/2019
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), yang merupakan sebuah badan Pensijilan kelestarian sawit di bawah Kementerian Industri Utama, ingin membuat kenyataan bahawa usaha ke arah menerbitkan peta konsesi sawit bagi pencapaian umum adalah menjadi keutamaan Kerajaan dalam memaparkan ketelusan industri sawit negara.

MPOCC telah membangunkan sistem aplikasi MSPO Trace yang berupaya menjejak sumber minyak sawit di sepanjang rantaian nilai telah dilancarkan pada pertengahan bulan November 2019. MPOCC berkeyakinan bahawa pembangunan data raya MSPO Trace seperti mana GeoRSPO, dapat memberi keyakinan kepada para pengguna dan pengimport antarabangsa terhadap usaha untuk memastikan kebolehjejakan dan ketelusan dalam rantaian bekalan. Usaha ini adalah penting dalam menyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa minyak sawit yang dihasilkan oleh Malaysia adalah dijamin dari segi kelestarian dan kualiti, khususnya dalam menangani dakwaan yang mengaitkan produk sawit dengan penyahhutanan, eksplotasi pekerja, pelanggaran hak Orang Asli dan sebagainya.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu