Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyikan kelahiran, buang mayat bayi [ 6h ago ]

Pertandingan swafoto Rapid KL tawar ganjaran menarik

Tarikh kemaskini: 15/01/2020
KUALA LUMPUR, 15 Jan -- Pas perjalanan percuma perkhidmatan Rapid KL selama setahun dan iPhone 11 Pro Max antara hadiah menarik menanti pengguna pas perjalanan My100 dan My50 menerusi pertandingan swafoto Rapid KL yang bermula hari ini.

Prasarana Malaysia Bhd dalam kenyataan hari ini menyebut kesemua pengguna kedua-dua pas berkenaan boleh menghantar seberapa banyak swafoto berlatar belakangkan aset Rapid KL seperti LRT, MRT, BRT, Monorel atau bas Rapid KL menerusi akaun Facebook, Twitter atau Instagram Rapid KL mulai hari ini sehingga 15 Mac ini.

Mereka juga perlu ‘follow’ dan ‘like’ akaun Facebook, Instagram atau Twitter Rapid KL, selain menamakan lima stesen LRT, MRT, BRT atau monorel yang popular di dalam ruangan komen.

Pertandingan yang turut menawarkan hadiah Apple Watch Series 5, iPad Air dan iPad Mini itu akan memilih 30 pemenang dengan nama mereka akan diumumkan pada 25 Mac ini menerusi saluran media sosial Rapid KL.

"Pertandingan dianjurkan bagi menghargai sokongan pengguna pas perjalanan My100 dan My50, juga tanda terima kasih daripada Rapid KL untuk pengguna setia,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA



       Berita Berkaitan

       Berita Utama Terdahulu